Tuesday, December 22, 2009

SEA GAMES ..Oh, SEA GAMES....




Salam buat semua, akhirnya aku ada sedikit masa untuk meceritakan pengalaman aku mengenai Sea Games...Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga pada peminat setia sukan tanah air...tanpa support mereka semua aku rasa aku tak kan berjaya sampai ke hari ini...Aku ingat boleh menutup calender tahun ni dgn sebutir pingat emas, tapi apa kan daya.....!!!
Mungkin ramai yg menganggap pingat perak pun sudah kira sangat bermakna buat negara...tapi bg aku TIDAK sama sekali...Sukan Olahraga terutama dalam acara 110 meter lari berpagar, sudah dianggap sebagai tradisi bagi negara kita...Dari zaman Ishtiaq Mubarak hingga lah ke zaman Nur Herman Majid, kita tidak pernah kalah walaupun sekali...tetapi bila aku diberi kepercayaan untuk meneruskan zaman kegemilangan ini, aku telah mengecewakan mereka semua...!!! Bagi aku pingat bukan ukuran tetapi Maruah yg kita pertaruhkan...!!!
Perasaan sedih, mmg tak dapat digambarkan lagi, 2 tahun sebelum ini semasa SEA GAMES di Korat...aku tak dapat menyertai, gara-gara kecederaan yg sgt serius sehinggakan aku rasa hendak berhenti dari berlari....!!
Bila aku fikirkan balik perasaan untuk bersara dari Olahraga ni, tetiba aku rasa sangat KOSONG... Seperti ada sesuatu yg kehilangan dalam diri aku...Ingat lagi pesan bonda ku " kalau kita buat kerja dgn ikhlas kita akan rasa sayang nak tinggalkan nya"....kata-kata tu membuatkan aku jadi semangat sampai ke hari ini....
Baru aku sedar yg aku mempunyai 3 tunjang yg kuat, yg sentiasa berdiri dibelakang aku....!!!
1. Ayahanda dan Bonda ku...
2. Coach aku...yg boleh aku anggap seperti abg kandung ku....
3. Orang yg paling dekat dgn hati aku......
Meraka ni semua yg akan bersorak paling kuat bila aku menang, dan akan bagi aku semangat sekiranya aku kalah....!!!

Aku harus bersyukur, walaupun tahun ini aku dihujani dgn pelbagai masalah...tetapi aku mampu untuk membawa pulang pingat untuk negara...Insyallah, lagi 2 tahun Sea Games di Indonesia akan memperlihatkan kembali penguasaan kita dalam acara ini....Amin....!!!

"KEJAYAAN SESEORANG BUKAN DIUKUR DENGAN BERAPA BANYAK KEJAYAAN YG DIKECAPI, TETAPI KEJAYAAN DIUKUR APABILA SESEORANG ITU BANGKIT DARI KEGAGALAN"

Wednesday, August 12, 2009

Perkembangan terbaru...


Salam pada semua, pertama2 aku ingin meminta maaf sebab sekian lama aku menyepi...Ini bukan bermaksud aku tidak akan menulis blog lagi...tapi cuma ingin memberikan tumpuan yg lebih dalam bidang yg aku ceburi ni...So, lepas ni aku akan updated kan korang tentang perkembangan terbaru aku...Masalah yg paling merisaukan ialah H1N1...Aku ingin meningatkan pada semua termasuk diri aku sendiri supaya berjaga2 dengan wabak ni...Virus ini boleh dikatakan wabak akhir zaman ...Jaga diri, jgn sampai demam..Bila kita demam wabak tersebut senang nak menyerang kita..ini kerana antibodi dalam badan kita lemah dan virus ni senang nak lumpuh kan Imunisasi dlm badan kita...Pergh, aku dah mcm doktor pulak...apa2 pun marilah kita berdoa pd Tuhan agar kita dihindari dari virus ni...

(sambil menadah tangan)

"Aku membentangkan diri dengan nama Tuhan yg mempunyai kemulian dan kekuatan, aku berpegang teguh pd Tuhan yg menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal Kpd Tuhan yg Hidup dan yg tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami yg Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu"

Amin....

Tuesday, February 24, 2009

Amaran kepada atlet..!!!!


Salam pada semua blogers, agak dah lama jugak aku menyepi..ini bukan bermaksud aku ketandusan idea utk menulis dalam blog aku ni...Cuma aku ada byk urusan utk diselesaikan dalam bulan2 yg lepas....terdetik dihati utk kembali menaip,bila aku terbaca mengenai amaran yg dikeluarkan oleh PERSATUAN KOAM mengenai atlet tidak boleh LANTANG BERSUARA...!!!

Apa kejadah statement ini dibuat...!!! Mungkin utk menakutkan atlet, atau ingin memberitahu yg persatuan mempunyai kuasa yg mutlak utk menentukan siapa perlu bersuara....
Adakah negara kita mengamalkan satu prinsip, dimana cuma org yg berpangkat dan yg mempunyai kuasa dalam bidang politik sahaja yg boleh bersuara.!!!

Ini dah kira tidak ADIL...kesalahan yg mereka buat semua itu, "ibarat sudah terang lagi bersuluh"... membawa masuk kembali org yg bermasalah dalam persatuan demi kepentingan politik...Memang tak masuk akal langsung...Apabilla atlet negara sendiri menyuarakan rasa tidak puas hati masing2 pada pihak media, lain pulak jadinya... Atlet pulak disalahkan kerana mengunakan Media sebagai org ketiga....

Yg lebih menarik lagi, ATLET YG BERSUARA LANTANG yg telah menyuarakan pendapat mereka akan dikenakan tindakan.... Sakit hati aku, bila aku baca benda macam ni....MEREKA hendak melakukan byk lagi kesilapan dan atlet pulak hanya membiarkan saja dan tidak perlu masuk campur dalam pentadbiran yg mereka buat....PATUT KE????

Org yg KURANG PANDAI mcm diorg ni, hanya tahu menimbulkan spekulasi2 sahaja,sepatutnya mereka ni perlu menerima sedikit luahan hati atlet2 ini...
Ini tidak, apa yg dikatakan oleh atlet semua nya salah...mereka semua ni ibarat mcm NATO (no action, talk only)....kalau bab bercakap, presiden OBAMA pun boleh kalah...

Nasihat aku pada semua atlet2 diluar sana...buatlah apa yg rasa betul dimata dan dihati kita ...kalau rasa salah, baik kita tegur...kita semua ni bukan nya Rasul yg dijaga baik dan buruk nya...dan aku ucapkan Syabas, pada yg berani BERSUARA LANTANG....Ini telah mempamirkan kematangan anda dalam menjalani kehidupan sebagai seorg atlet....

wasalam...

p/s- KALAU MATI MENJADI SEPERTI HUSEIN, KALAU HIDUP HARUS MELAWAN SEPERTI ZAINAB...

Sunday, January 25, 2009

Wajar atau Tidak??



Aku sedang berehat utk beberapa hari disebabkan pinggang aku ni sakit...sambil aku membaca sebuah artikel mengenai satu PERSATUAN yg telah membawa masuk seorg ahli yg BERMASALAH... Org ni tak perlulah aku sebutkan nama nya, dia ni pernah terlibat dalam kes mencabul pada tahun lepas...dan yg best nya, org mcm ni terlepas dgn begitu saja tanpa diadili oleh mana2 pihak....dan yg best lagi, org mcm ni telah masuk kembali dalam persatuan utk membuat satu fenoma baru (kononnya) bagi mengembalikan mutu sukan negara....Wajarkah, org mcm ini diberi peluang kedua...sedangkn atlet2 wanita negara tgh berpeluh bila dgr perkara tersebut...kalau kita tgk, ramai lagi org yg kat luar sana lebih pandai dan bijak utk menguruskan persatuan...tapi mengapa mereka ini jugak dipilih....so, apa yg akan berlaku bila org mcm ni membawa atlet2 muda ke luar negara...."cuba korang pejam mata sekejap dan bayangkan".....Gila.., dah tentu akan jadi mimpi ngeri kat bebudak tu....Apa pulak kata mak bapak diorg?? tanggungjawab yg diberikan oleh mereka kepada persatuan... Nampak gaya nya,mereka ni hanya tahu memasukkan isu politik dalam sukan...bukan utk menaikkan mutu sukan negara...Sedih, bila aku baca artikel yg menyatakan atlet negara kita ni belum lagi mencapai standard WORLD... kalau nak tgk atlet kita capai standard dunia, maka sistem pengurusan pun kena capai lah jugak standard dunia...Jadi pihak2 terbabit buka le mata sikit...
Akhir kata, RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Thursday, January 22, 2009

Zaman Kemunduran Sukan Negara

Salam pada semua, ini adalah blog pertama aku..tujuan aku menulis blog ini bukan utk mengutuk mana2 pihak..cuma utk memperjuangkan hak2 atlet...so, bagi mana2 bloger yg berminat utk berkongsi pengalaman..maka, tidak ada masalah utk kita berkongsi bersama ideologi2 korang semua...maklum lah,aku bukan seorg yg sasterawan negara utk menulis sehebat mereka...tp aku cuma akan meluahkan rasa ketidakpuasan di hati mengenai spekulasi2 yg telah terjadi di negara kita ini...terutama sekali dalam

Wednesday, November 12, 2008

masih mencari rentak....


Setelah sekian lama aku berehat dari arena sukan.. kini aku kembali menyambung rentak..agak kekok juga bila tiada siapa nak latih aku...maklum le baru aje baik dari kecederaan..memang betul kata org bila kita bagus semua org akan datang dan sanjung kita...tapi bila dah sakit atau cedera semua buat tak endah...macam apa yg aku buat selama ni tidak bererti buat mereka...tapi bila kita flashback balik kisah silam aku...Ia bagi aku semangat utk kembali ke arena sukan..apatah lagi bila aku baru saja selesai kan kisah2 belajar aku di UPM...peh, memang best waktu belajar ni..banyak pengalam yg aku belajar....dan banyak juga ilmu yg aku dapat, untuk menjadikan aku manusia yg berilmu...aku malas nak berceloteh panjang ini cuma permulaan aku untuk membuka lembaran baru sebagai seorg bloggers...so, kepada blogers2 yg lain..ini adalah salam perkenalan utk semua...kalau adalah salah dan silap, faham2 sendiri la yek...