Tuesday, February 24, 2009

Amaran kepada atlet..!!!!


Salam pada semua blogers, agak dah lama jugak aku menyepi..ini bukan bermaksud aku ketandusan idea utk menulis dalam blog aku ni...Cuma aku ada byk urusan utk diselesaikan dalam bulan2 yg lepas....terdetik dihati utk kembali menaip,bila aku terbaca mengenai amaran yg dikeluarkan oleh PERSATUAN KOAM mengenai atlet tidak boleh LANTANG BERSUARA...!!!

Apa kejadah statement ini dibuat...!!! Mungkin utk menakutkan atlet, atau ingin memberitahu yg persatuan mempunyai kuasa yg mutlak utk menentukan siapa perlu bersuara....
Adakah negara kita mengamalkan satu prinsip, dimana cuma org yg berpangkat dan yg mempunyai kuasa dalam bidang politik sahaja yg boleh bersuara.!!!

Ini dah kira tidak ADIL...kesalahan yg mereka buat semua itu, "ibarat sudah terang lagi bersuluh"... membawa masuk kembali org yg bermasalah dalam persatuan demi kepentingan politik...Memang tak masuk akal langsung...Apabilla atlet negara sendiri menyuarakan rasa tidak puas hati masing2 pada pihak media, lain pulak jadinya... Atlet pulak disalahkan kerana mengunakan Media sebagai org ketiga....

Yg lebih menarik lagi, ATLET YG BERSUARA LANTANG yg telah menyuarakan pendapat mereka akan dikenakan tindakan.... Sakit hati aku, bila aku baca benda macam ni....MEREKA hendak melakukan byk lagi kesilapan dan atlet pulak hanya membiarkan saja dan tidak perlu masuk campur dalam pentadbiran yg mereka buat....PATUT KE????

Org yg KURANG PANDAI mcm diorg ni, hanya tahu menimbulkan spekulasi2 sahaja,sepatutnya mereka ni perlu menerima sedikit luahan hati atlet2 ini...
Ini tidak, apa yg dikatakan oleh atlet semua nya salah...mereka semua ni ibarat mcm NATO (no action, talk only)....kalau bab bercakap, presiden OBAMA pun boleh kalah...

Nasihat aku pada semua atlet2 diluar sana...buatlah apa yg rasa betul dimata dan dihati kita ...kalau rasa salah, baik kita tegur...kita semua ni bukan nya Rasul yg dijaga baik dan buruk nya...dan aku ucapkan Syabas, pada yg berani BERSUARA LANTANG....Ini telah mempamirkan kematangan anda dalam menjalani kehidupan sebagai seorg atlet....

wasalam...

p/s- KALAU MATI MENJADI SEPERTI HUSEIN, KALAU HIDUP HARUS MELAWAN SEPERTI ZAINAB...

Sunday, January 25, 2009

Wajar atau Tidak??



Aku sedang berehat utk beberapa hari disebabkan pinggang aku ni sakit...sambil aku membaca sebuah artikel mengenai satu PERSATUAN yg telah membawa masuk seorg ahli yg BERMASALAH... Org ni tak perlulah aku sebutkan nama nya, dia ni pernah terlibat dalam kes mencabul pada tahun lepas...dan yg best nya, org mcm ni terlepas dgn begitu saja tanpa diadili oleh mana2 pihak....dan yg best lagi, org mcm ni telah masuk kembali dalam persatuan utk membuat satu fenoma baru (kononnya) bagi mengembalikan mutu sukan negara....Wajarkah, org mcm ini diberi peluang kedua...sedangkn atlet2 wanita negara tgh berpeluh bila dgr perkara tersebut...kalau kita tgk, ramai lagi org yg kat luar sana lebih pandai dan bijak utk menguruskan persatuan...tapi mengapa mereka ini jugak dipilih....so, apa yg akan berlaku bila org mcm ni membawa atlet2 muda ke luar negara...."cuba korang pejam mata sekejap dan bayangkan".....Gila.., dah tentu akan jadi mimpi ngeri kat bebudak tu....Apa pulak kata mak bapak diorg?? tanggungjawab yg diberikan oleh mereka kepada persatuan... Nampak gaya nya,mereka ni hanya tahu memasukkan isu politik dalam sukan...bukan utk menaikkan mutu sukan negara...Sedih, bila aku baca artikel yg menyatakan atlet negara kita ni belum lagi mencapai standard WORLD... kalau nak tgk atlet kita capai standard dunia, maka sistem pengurusan pun kena capai lah jugak standard dunia...Jadi pihak2 terbabit buka le mata sikit...
Akhir kata, RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Thursday, January 22, 2009

Zaman Kemunduran Sukan Negara

Salam pada semua, ini adalah blog pertama aku..tujuan aku menulis blog ini bukan utk mengutuk mana2 pihak..cuma utk memperjuangkan hak2 atlet...so, bagi mana2 bloger yg berminat utk berkongsi pengalaman..maka, tidak ada masalah utk kita berkongsi bersama ideologi2 korang semua...maklum lah,aku bukan seorg yg sasterawan negara utk menulis sehebat mereka...tp aku cuma akan meluahkan rasa ketidakpuasan di hati mengenai spekulasi2 yg telah terjadi di negara kita ini...terutama sekali dalam

Wednesday, November 12, 2008

masih mencari rentak....


Setelah sekian lama aku berehat dari arena sukan.. kini aku kembali menyambung rentak..agak kekok juga bila tiada siapa nak latih aku...maklum le baru aje baik dari kecederaan..memang betul kata org bila kita bagus semua org akan datang dan sanjung kita...tapi bila dah sakit atau cedera semua buat tak endah...macam apa yg aku buat selama ni tidak bererti buat mereka...tapi bila kita flashback balik kisah silam aku...Ia bagi aku semangat utk kembali ke arena sukan..apatah lagi bila aku baru saja selesai kan kisah2 belajar aku di UPM...peh, memang best waktu belajar ni..banyak pengalam yg aku belajar....dan banyak juga ilmu yg aku dapat, untuk menjadikan aku manusia yg berilmu...aku malas nak berceloteh panjang ini cuma permulaan aku untuk membuka lembaran baru sebagai seorg bloggers...so, kepada blogers2 yg lain..ini adalah salam perkenalan utk semua...kalau adalah salah dan silap, faham2 sendiri la yek...