Tuesday, December 22, 2009

SEA GAMES ..Oh, SEA GAMES....




Salam buat semua, akhirnya aku ada sedikit masa untuk meceritakan pengalaman aku mengenai Sea Games...Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga pada peminat setia sukan tanah air...tanpa support mereka semua aku rasa aku tak kan berjaya sampai ke hari ini...Aku ingat boleh menutup calender tahun ni dgn sebutir pingat emas, tapi apa kan daya.....!!!
Mungkin ramai yg menganggap pingat perak pun sudah kira sangat bermakna buat negara...tapi bg aku TIDAK sama sekali...Sukan Olahraga terutama dalam acara 110 meter lari berpagar, sudah dianggap sebagai tradisi bagi negara kita...Dari zaman Ishtiaq Mubarak hingga lah ke zaman Nur Herman Majid, kita tidak pernah kalah walaupun sekali...tetapi bila aku diberi kepercayaan untuk meneruskan zaman kegemilangan ini, aku telah mengecewakan mereka semua...!!! Bagi aku pingat bukan ukuran tetapi Maruah yg kita pertaruhkan...!!!
Perasaan sedih, mmg tak dapat digambarkan lagi, 2 tahun sebelum ini semasa SEA GAMES di Korat...aku tak dapat menyertai, gara-gara kecederaan yg sgt serius sehinggakan aku rasa hendak berhenti dari berlari....!!
Bila aku fikirkan balik perasaan untuk bersara dari Olahraga ni, tetiba aku rasa sangat KOSONG... Seperti ada sesuatu yg kehilangan dalam diri aku...Ingat lagi pesan bonda ku " kalau kita buat kerja dgn ikhlas kita akan rasa sayang nak tinggalkan nya"....kata-kata tu membuatkan aku jadi semangat sampai ke hari ini....
Baru aku sedar yg aku mempunyai 3 tunjang yg kuat, yg sentiasa berdiri dibelakang aku....!!!
1. Ayahanda dan Bonda ku...
2. Coach aku...yg boleh aku anggap seperti abg kandung ku....
3. Orang yg paling dekat dgn hati aku......
Meraka ni semua yg akan bersorak paling kuat bila aku menang, dan akan bagi aku semangat sekiranya aku kalah....!!!

Aku harus bersyukur, walaupun tahun ini aku dihujani dgn pelbagai masalah...tetapi aku mampu untuk membawa pulang pingat untuk negara...Insyallah, lagi 2 tahun Sea Games di Indonesia akan memperlihatkan kembali penguasaan kita dalam acara ini....Amin....!!!

"KEJAYAAN SESEORANG BUKAN DIUKUR DENGAN BERAPA BANYAK KEJAYAAN YG DIKECAPI, TETAPI KEJAYAAN DIUKUR APABILA SESEORANG ITU BANGKIT DARI KEGAGALAN"

5 comments:

Jong said...

Cis
apa pun alasan tak boleh diterima. makan tanggung!
hehehehe
p.s: selamat pengantin baharu ek...jangan lompat2 tau.

Rob Bunny said...

chet...hahaha..ok che teh, jgn kasi service balik ni..ok...kurang power..

~yna~ said...

its ok..jgn bersedey lagi..ko dh buat yg terbaikkn..nway ko still tutup tirai tahun nie dgn hadiah paling istimewa wut..ur wedding :)

Amir Way said...

amirmohdmizan.blogspot.com

Dunia Baru said...

tahniah bro...maju lah sukan utk negara